Thursday, October 21, 2010

Senja Yang Berlabuh ( Bab 1 )

  BAB 1
By Maya Myra

FEB 2009 BUKIT AYER,PERLIS
 
Air bukit yang menuruni dari atas mengikuti alir-alir batuan kecil di sepanjang batu bukit yang besar memercik di pipinya.Sejuk terasa apabila kakinya mencecah di dalam air,terasa dingin,nyaman dan damai rasanya.Segala keresahan dihati hilang serta-merta.Jari-jemarinya bermain-main dengan air di sekitar kaki,hatinya tertanya-tanya.Adakah keresahan hatinya ini akan berakhir? matanya terhenti pada batu bukit yang jelas dari pandangannya membuatkan dia terkenangkan tiga tahun yang lepas semasa menuntut di tingkatan enam.Dia masih ingat lagi,seperti semua itu baru semalam berlaku bersama teman-temannya bermandi manda,bergurau senda sambil memercikkan air dimuka.Di batu itulah,dia bersama teman-temannya telah mengukirkan " Friend Forever ", disitu dia mengukirkan setiap nama teman-temannya dibatu sebagai kenangan.Kini,dia sampai lagi ditempat yang sama dan dia jejak kenangan yang lalu yang terimbas di kotak fikirannya.
"..walau aku dan kalian sudah lama tidak pernah bertemu,aku sentiasa mengingati kalian semua..segala perjalanan aku bersama kalian...".Jari jemarinya lincah menulis sesuatu di dalam buku nota.
Seketika lamunan Qistina Najwa terhenti, apabila telefonnya berbunyi marayu rayu agar di angkat.Matanya hanya menoleh seimbas sahaja,dibiarnya.Qistina Najwa masih leka memandang alam sekelilingnya,sambil mentafsir sesuatu.Telefonnya berbunyi lagi,Qistina Najwa mengalah lalu mengangkatnya.Dahinya berkerut melihat nombor yang tertera,dia menekan butang hijau lalu memberi salam kerana itulah kewajipannya setiap kali menjawab panggilan atau dia sendiri yang membuat panggilan.
"..assalammualaikum....".Lembutnya memberi salam.
Qistina Najwa mendengar di corong telefon salamnya dijawab oleh seseorang,suara itu dia seakan akan mengenali.Dia cuba mengingati suara si pemanggil itu,senyumannya mula terukir dibibir.
"..Mirna?".Qistina Najwa cuba meneka.
"..yelah! ini akulah..".
"..kau apa khabar?".
"...aku sihat,kau pulak?".
"..samalah...eh! lama ye kau tak contact aku? ini pun kau dah guna nombor lain..".Dia tersenyum.
"...nombor lama aku dah tak pakai lagi dah,itu yang aku guna nombor baru pulak..kau buat apa sorang-sorang kat bukit Ayer tu?".
"..eh! kau tahu mana aku ada kat sini? kau ada amalkan ilmu apa-apa ke ni...".Qistina Najwa cuba berseloroh.
"..Qis! Isk.. mintak jauhlah dari benda-benda macam tu..ni aku dah tercegat kat belakang kau ni...".
Dia terdengar Mirna sudah ketawa mengekek dicorong telefon,lalu dia menoleh kebelakang seraya itu dia terkejut kerana Mirna betul-betul berdiri dibelakangnya ini.Mirna melabuh punggungnya disisi Qistina Najwa,ketawanya masih berbaki lagi.
"..kau ni kan? kalau ye pun nak berfantasi kat sini,tengok-tengok lah orang sama...ini tak sorang-sorang je dia duduk kat sini...".Mirna menyakatnya lagi.
"..berfantasi apanya? aku saja je datang sini...mesti kau ingatkan tempat ini?banyak nostalagianya yang ditinggal kita masa menuntut di tingkatan enam dulu...".
"..siapa kata tak ingat? disinilah kau dulu pernah buat terjunan ala-ala penerjun olimpik.. sebabnya gara-gara nak selamatkan seorang member kita yang kononnya lemas..".
"..emm,yelah.. aku ingatkan dia betul-betul lemas...habis semua orang terjerit-jerit suruh selamatkan kawan kita tu...mahu tak mahu terpaksalah aku terjun...".Qistina Najwa ketawa memandang wajah Mirna.
"..macam mana kami semua tak buat plan macam tu? kau tu di ajak sertai sama-sama mandi..kononnya sejuklah..ha! kau sendiri yang terjun kan?".Mirna mula ketawakannya.
Ketawa Qistina Najwa pecah jua apabila mengingati semula rancangan yang dibuat oleh teman-temannya itu.Bila dia ingatkan semula marah pun ada juga tapi itu semua tidak penting baginya, janji kegembiraan mereka semua.Qistina Najwa menyingkapkan coretan kenangannya ini bersama teman-teman,dimana semua itu berlaku pada hari lahirnya yang ke-19.
"...alah Qis,jomlah join kami mandi sama...".Mirna cuba memujuk.
"..tak naklah,air tu sejuk sangat...demam aku nanti..".Dia cuba menolak perlawaan Mirna.
"..mana adanya sejuk,jomlah?".Sofea berkata.
"..tak naklah...".Qistina Najwa cuba menolak secara baik.
Tiba-tiba matanya terpandang salah seorang temannya sudah terkapai-kapai didalam air,jaraknya jauh dari teman-teman yang lain mandi.Qistina Najwa terdengar jeritan teman-temannya agar menyelamatkan Elyana yang sudah tenggelam timbul dia melihat.Qistina Najwa pandang teman-temannya,dia mulai gelisah apabila melihat Elyana sudah tenggelam didalam air.Tanpa dia memperdulikan apa yang akan terjadi, Qistina Najwa terus terjun ke dalam air untuk menyelamatkan Elyana.Hampir sahaja air memasuki hidungnya kerana terjunan secara spontan itu tadi.Apabila dia timbul semula,Qistina Najwa sudah tidak kelihatan Elyana lagi.Dia cuba menyelam semula ke bawah,namun tiada juga menemui temannya.
"..Elyana!!".Qistina Najwa menjerit sepuas hati.
Dia cuba menyelam lagi mencari tubuh temannya,Qistina Najwa naik semula ke dasar.Apa yang mengejutkan dia,Elyana sudah terpacak dihadapannya bersama-sama kek yang dipegangnya itu.Serentak teman-temannya menyanyikan lagu "happy birthday" ,ingin sahaja dia memarahi mereka namun dia mulai tersenyum dengan kejutan gila-gila daripada mereka itu.
"..happy birthday !!".
Kata-katanya tersekat dikerongkong,tidak dapat berkata-kata kerana dia terharu dengan kejutan yang dibuat.Setiap seorang teman-temannya memeluk mengucap selamat.
"..ha! kan dah aku cakap...tak nak lagi mandi?kan kau sendiri yang ikut terjun...".Terburai ketawa teman-temannya apabila mendengar kata-kata Mirna.
"..alah,kau semua tipu aku...aku ingatkan betullah Yana ni lemas..itu semuanya taktik kau semua...".Qistina Najwa sudah ketawa kuat.
"..kalau begitu,taktik kita semua menjadilah! dapat jugak kau mandi kan?walau terjun ala-ala penerjun olimpik..".Mirna menyikunya.
"...ok! oleh kerana kau semua buat aku terkena hari ini..apakata lepas mandi nanti aku belanja kau semua makan nak tak?".Cadangnya.
"..emm,boleh jugak...dapat makan tu?".Sofea menggosok-gosok perutnya.
"..emm,apa kata..sebagai kenangan kita datang dekat sini...kita ukir " Friend Forever " lepas tu kita ukir nama masing-masing di batu ni..".Cadang Mirna.
Malam makin merangkak jauh,matanya masih belum dapat melelapkan lagi.Dia tersenyum sendirian apabila teringatkan idea gila-gila teman-temannya pada petang itu.Qistina Najwa memusingkan badannya ke kanan,dia masih tidak dapat melelapkan matanya.Dia bangun dan duduk dibirai katilnya,melihat jam sudah menunjukkan 12.00 tengah malam.Dia berjalan menuju ke arah tingkap biliknya lalu dibukanya.Matanya memandang ke dada langit sambil tersenyum apabila terpandang bintang yang bertaburan di langit,membuatnya teringatkan pada seseorang.
"..dah lama aku tak bertemunya,itu pun datang dua bulan lepas ke rumah..".Gumam hatinya.
Bahunya terangkat sedikit apabila terkejut dengan telefonnya berbunyi di atas katil.Dia melompat atas katil mencapai telefonnya.Bibirnya terukir apabila memandang nama yang tertera di scrin telefonnya itu,baru sahaja dia teringatkan sudah menelefonnya.
"...assalammualaikum....".Sopannya menjawab.
"...waalaikum'salam....eh! tak tidur lagi ke?".
"..belum lagi,mata tak dapat lelap...".Senyumnya.
"...yeke? atau ingatkan abang kot....".Seloroh suara di talian.
Qistina Najwa tersenyum sendirian,telahan abang sepupunya benar bahawa dia betul teringatkan abang sepupunya itu tadi.
"...abang ini kan? betul je kalau bagi jawapan kan...?".Ketawa kecil.
"..alah,abang tahu benar Qis ni macam mana...kalau tak dapat tidur tu mesti teringatkan abang...".Idham Danial sudah ketawa dicorong telefon.
"..alah abang ni? bukan apa.. tadi dah tak dapat lelapkan mata jadi Qis bukalah tingkap bilik pandang bintang di langit,bila tengok bintang tu Qis pun teringatlah pada abang...".Bersahaja dia berkata-kata.
"..kenapa pulak Qis tengok bintang terus teringatkan abang?".
"..kan dulu masa kecil-kecil,abang selalu bawa Qis duduk di pangkin rumah lihat bintang di langit..kata abang kan kalau lihat bintang hati kita tenang..".
"..wah! Qis masih ingat lagilah semua itu...kenapa ni? ada masalah ke sampai hati rasa tak tenang..".
"..tak adalah...Qis cuma tak dapat lelapkan mata je...".
Qistina Najwa memintal-mintal hujung kain langsir tingkapnya itu.
"...oh! begitu rupanya...emm,Qis..mungkin minggu depan abang datang perlis...".
Qistina Najwa sudah terjerit-jerit di corong telefon kerana gembira sepupunya itu akan datang ke Perlis.Idham Danial hanya ketawa mendengar suara nyaring Qistina Najwa.
"..dik? kalau ye pun happy abang nak datang..janganlah sampai terjerit-jerit..kan orang pelik pulak ketawa malam-malam buta begini...kan ingat pontianak mana lah tersesat pulak...".Ketawa kuat.
"..abang! jangan cakap macam tu? dah lah Qis duduk sorang-sorang ni kat tingkap...".
Matanya melilau-lilau memandang kiri dan kanan,takut-takut nanti betul berdiri didepannya.Cepat-cepat dia menutup tingkap biliknya,terus melompat di atas katil.
"..betul apa? dah ketawa..jerit-jerit pulak kan...".
"..abang ni! dah tak nak cakap lagilah dengan abang...".Seakan merajuk.
"...ok..ok,dah pandai merajuk ye sekarang Qis ni?".
"..mana ada...emm, ok lah abang..Qis nak tidur ni...".
"..lah? marah ke..".
"..bukan marahlah,esok orang sekolah lah...kan bangun lewat pulak nanti...".
"..ok..ha? nanti beritahu Mak Cik.. abang datang Perlis minggu depan ye..".
"..baiklah abangku sayang...".Terus dimatikan taliannya itu.
Qistina Najwa melangkah masuk ke dalam kelasnya,matanya memandang sekeliling dalam kelasnya masih belum ramai lagi teman-temannya datang.Dia meletak begnya di kerusi tempat duduknya,terus dia melangkah mencapai penyapu kerana pagi itu gilirannya bertugas.
"..isk! kenapa banyak sangat sampah dalam kelas ni...ingat tempat pembuangan sampah ke?mentang-mentang lah aku bertugas hari ini senang-senang je mereka buang sampah banyak-banyak...".Gumam dia sendirian.
Tangannya lincah membersih setiap segenap ruang dalam kelasnya,sambil dia menyusun meja dia melihat jam ditangannya sudah menunjukkan jam 7.15 pagi.
"..isk! mana budak-budak ni...lambat betullah kalau datang sekolah...time je aku bertugas datang lambat...semua kerja aku yang buat...".Dia masih merungut.
Mirna dan Sofea tersenyum memandang Qistina Najwa yang sedari tadi asyik merungut sendirian.Mereka berjalan perlahan-lahan terus disergah dari belakang.Penyapu yang di pegang Qistina Najwa terus terlepas dari pegangannya kerana terkejut akan sergahan mereka berdua itu.
"..kau berdua ni kan? kalau tak buat aku macam ni tak boleh ke?".Sambil mengurut dadanya.
"..sorry..yelah yang kau tu? asyik merungut macam mak nenek ni kenapa?".Mirna tersenyum.
"..mana taknya,semua kerja mereka aku yang kena buat..mana aku tak bising..dah lah datang lambat..".Sambil tangannya menyapu sampah di atas lantai.
"..alah kau ni,meh sini kami berdua tolong kau ok..".Sofea memujuk.
Qistina Najwa tersenyum memandang kedua sahabatnya itu.Mirna mengambil bakul sampah lalu di buang sampah ke dalam tong. 
Tingkatan 6 Sastera begitu bingit sekali apabila ketiadaan guru didalam kelas.Azman dengan lagaknya seperti penyanyi Amy Search menyanyi mengikut rentak lagu rock,terangkat-angkat kakinya.Satu kelompok yang lain ketawa dan memekik seperti ada satu perlawanan kuda.Tiba-tiba...
“ Bangun... Selamat Pagi cikgu”.
Ketua kelas tingkatan 6 sastera memberi ucap selamat sebaik sahaja guru kelas masuk.Bersama guru kelas tersebut,seorang pelajar baru yang akan duduki kelas itu nanti.Cikgu Diana memperkenalkan pelajar baru tersebut kepada pelajar-pelajarnya.Pelajar baru tersebut memberi senyuman kepada Qistina Najwa,Qistina Najwa membalas senyuman tersebut.
“ Terima kasih dan selamat pagi,cikgu perkenalkan ini pelajar baru dalam kelas kamu ini.Ini Hairi dia akan menjadi sebahagian rakan kamu dalam kelas ini dan cikgu harap kamu semua dapat memberi kerjasama pada Hairi ok? emm .Hairi,kamu duduk disebelah Fikri...”.Cikgu Diana tersenyum ke arah Hairi.
Mirna disebelah Qistina Najwa menyikunya,melihat gelagat Qistina Najwa.Sofea dan Elyana tersengeh memandang Qistina Najwa.
"..isk! kau ni Qis? kalau ye pun tengok mamat tu janganlah sampai tersengeh macam kerang busuk..".Mirna tersenyum.
"..yeke? kalau kau nak tahu Mir..lelaki tu lah yang aku simbah dengan air oren tempoh hari tu...aku tak sangka pulak dia budak baru dalam kelas kita ni...".Masih memandang Hairi.
"..apa? kau biar betik? tak kanlah dia yang kau simbah air tempoh hari...kalau macam tu nampaknya kau dengan dia memang ada jodoh kot?''.Mirna tersengeh.
Qistina Najwa teringat pertengkaran antara dia dan Hairi tempoh hari.Gara-gara Hairi,air oren yang dibeli untuk adiknya Quzai tertumpah.
"..alamak! habis air oren adik aku tumpah...isk! mangkuk hayun ni nak kena dengan aku...".Radang Qistina Najwa
Hairi hanya tersengeh memandang Qistina Najwa,dia berlalu ke arah Qistina Najwa sambil mengambil bekas kosong air oren yang tertumpah tadi itu.
"..nah,lain kali jalan tu tengok orang sama...ok! ".Tersenyum ke arah Qistina NajwaMuka Qistina Najwa merah padam mendengar kata-kata pemuda tersebut tadi.Bekas kosong tersebut direnyuknya lalu dilempar ke arah Hairi.Dia marah dengan tindakkan Hairi tadi,bukan untuk meminta maaf tapi disindir kepadanya.
"..hey! kau ni apahal? sudahnya kau langgar aku..dikata pulak aku jalan tak tengok orang! kau tu yang buta,berlari tak tengok orang!".Marah Qistina Najwa
Hairi berpaling ke belakang,apabila mendengar tengkingan Qistina Najwa tadi.Dia berjalan ke arah Qistina Najwa sambil matanya bertentangan dengan mata Qistina Najwa.
"..so? apa kau nak buat?".Tersenyum ke arah Qistina Najwa
"..yelah,kau tu yang salah..minta maaflah!".
"..kalau aku tak nak? apa kau nak buat?".Sambil mengangkat bahu.
Qistina Najwa geram dengan tindakkan Hairi,lalu di bukanya tudung bekas air orennya lalu disimbah ke muka Hairi.Quzai disebelahnya tercengang dengan tindakkan Qistina Najwa tadi.
Hairi tergamam dengan tindakkan Qistina Najwa terhadapnya itu.Kata-katanya tersekat dikerongkongnya,dia melihat Qistina Najwa melangkah pergi.
"..padam muka dia! baru dia tahu siapa aku..dah salah nak berlagak pulak...".
Mirna menepuk bahu Qistina Najwa yang asyik melamun sejak tadi.
"..kau ni kenapa Qis?".
"..tak ada apa-apalah,aku cuma teringat pasal tempoh hari aku simbah air oren pada dia..".
"..ohh! yeke ni?ke kau dah syok habis pada dia?".
"...minta simpanglah ok! tak naklah aku suka pada mamat berlagak tu..dah lah! malas aku nak sebut-sebut lagi pasal dia ni..".Tangannya mencapai buku disebelahnya.
Qistina Najwa bermain-main dengan straw dalam bekas minumannya,dia tidak dapat melupakan peristiwa tempoh hari.Dalam hatinya masih sakit hati dengan tindakkan Hairi terhadapnya itu.Sofea dan Mirna pelik melihat kelakuan sahabat mereka melihat raup muka Qistina Najwa seperti sedang marahkan seseorang.Mereka berdua mendekati Qistina Najwa.
"..Qis! kau kenapa ni?kami tengok kau dari tadi macam bad mood je kami tengok..".Mirna melabuh punggungnya disebelah Qistina Najwa.
"..aha lah Qis?kau kenapa ni...".
"..entahlah,aku masih tak dapat lupakan kejadian tempoh hari...".
"..Hairi?budak baru tu..."
Qistina Najwa mengangguk,sambil tangannya mengambil garfu dihadapannya ditikamnya atas daging dalam pinggannya itu.Dia geram,kenapa mesti Hairi belajar sekali dalam kelasnya.
"..Qis? tak usahlah kau fikirkan lagi pasal mamat tu..lagi kau ingat pasal tu lagilah hidup kau tak tenteram beb!".
"..bukan apa,tak kan kau berdua tak nampak masa kita nak keluar kelas tadi...dia senyum sinis pada aku..sakit hati aku dibuatnya!!".
"..relaks lah Qis,nanti baiklah tu...dari kau fikir pasal si Hairi tu...baik kau fikirkan pasal tugasan yang cikgu Ain mintak hari tu...".
Mirna cuba memujuk Qistina Najwa, dia tahu lagi dibiarkan keadaan Qistina Najwa dengan perasaannya itu lagi menjadi-jadi nanti.
"..eh! mana Yana? dari tadi aku tak nampak pun dia...tadi dia cakap nanti dia datang sini...".Sofea tercangak-cangak mencari kelibat Elyana.
"..ohh! tadi dia ada cakap pada aku yang dia nak jumpa cikgu Diana kejap...nanti turunlah tu...".
"...ha! itu pun dia...".Mirna melambai-lambai tangan ke arah Elyana.
Elyana tersenyum memandang sahabat-sahabatnya yang berada di dalam kantin.Dia menuju ke arah mereka sambil tangannya melayang-layangkan kertas ke arah mereka bertiga.
"..lamanya kau kat atas? Cikgu Diana nak buat apa sampai panggil kau lama-lama?".Soal Sofea.
Elyana membetulkan kedudukkannya itu,dia tersengeh memandang sambil tangannya mencapai air minuman Qistina Najwa dari tangan Qistina Najwa.
"..isk! kau ni? tak senonoh betullah?".Kerut dahi Qistina Najwa.
"..sorry beb! haus sangat ni...aku berlari turun tadi tu ha..".
"..yang kau berlari turun apasal? tingkat satu pun kau nak berlari sampai macam ni..".Mirna memandang ke arah Elyana.
"..bukan apa,kotnya nanti kau semua marah pulak aku lewat turun..kan tak pasal-pasal aku jugak yang kena leter dengan minah ni..".Menjuih mulutnya ke arah Sofea.
"...tahu tak apa...".Tersenyum kepada Elyana.
Mata Qistina Najwa terpandang kertas dibawah tangan Elyana,lalu dia mengambilnya di bawah tangan Elyana.Dia memandang ke arah Elyana untuk mendapatkan kepastian.
"..Yana? untuk apa ni...".Sambil membelek-belek apa yang tertera di dalam kertas tersebut.
"..oh!! eh! lupa pulak aku nak bagitau kau semua...".Tersenyum.
"..tengok Qis...".Mengambil kertas tersebut dari tangan Qistina Najwa.
"...ni ha,Cikgu Diana nak buat perkhemahan dekat...".Elyana memegang kepalanya mengingati sesuatu.
"..dekat mana Yana?".Soal Qistina Najwa.
"..alah dekat...isk! ha..dekat Gua Kelam!".Sambil tangannya mengetuk meja.
Mirna di hadapannya terkejut dengan tindakkan Elyana mengetuk meja sebentar tadi,dia mengurut-urut dadanya itu.Sofea dan Qistina Najwa terkekeh-kekeh melihat gelagat Elyana dan Mirna.
"..kau ni? kus semangat aku tau...".
"..eh,ahli lain dah tahu ke pasal perkhemahan ni?".Tanya Sofea 
"..belum..kejap lagilah aku buat announcement..aku nak makan dulu..".Tersengeh ke arah sahabat-sahabatnya.
"..berapa hari Yana? emm..bila? ".
"..alah biasalah...kalau tak tiga hari...tak silap aku minggu depan rasanya..".
"..ha!".Qistina Najwa terkejut.
Dia baru teringat,minggu hadapan Idham Danial akan datang ke Perlis,dia berkira-kira hendak pergi atau tidak.Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
"..kau ni kenapa Qis?". Elyana pelik memandang sahabatnya itu.
"..tak ada apa-apa...".Tersenyum.

Bersambung........




Sepinya Lautan Kasih ( Prolog )








By Maya Myra ( Novel )

PROLOG

Cinta ibarat lautan yang terbentang, dalam menongkah kehidupan percintaan menjadi tajuk utama dalam hidup seseorang untuk menjadikan pengalaman .Namun adakalanya cinta menjadikan diri seseorang terseksa.Cinta?belum pasti membahagiakan seseorang,kerana cinta hati dan perasaan seseorang hancur berkecai.Walaupun ada sesetengahnya menganggap cinta adalah segalanya dan suci tetapi adakah cinta boleh mengembalikan kebahagiaan seseorang?Ah! Hidup ini tak pernah lari daripada kenyataan walau di diam,tetapi perjalanan adakalanya berliku-liku dan bercabang.Adakah aku mampu menanganinya untuk menghindar dari mencintai seseorang yang bernama lelaki?.Bila kesetiaan dicurangi,untukku menggalasnya terlalu payah mencari ruang kebahagiaan..Mengapa aku yang harus tempuhi semua ini?
Syafiqah Adrina,memandang ke arah lautan yang luas terbentang ,dia berfikir sejenak tentang kehidupan yang adakalanya menjadi saksi percintaannya dan percintaan yang mencurangi dirinya.Kadang-kadang dia terfikir,mengapa dia harus menerima segala penipuan seperti itu.Hatinya terlalu sakit untuk mengingati segala apa yang terjadi kepadanya.
“ Mengapa perkara ini harus terjadi padaku?apakah salahku ? ”.Syafiqah Adrina melekap tangannya di dada dengan perasaan sayu.
Syafiqah Adrina memandang ke arah lautan yang terbentang dengan perasaan sayu,wahai lautan engkau sentiasa terbentang dengan luasnya...aku lihat kau sentiasa tenang walau berbagai masalah yang menimpa.Mengapa aku tidak setenang kau? kau masih gah dalam melewati arus kehidupan ini,masih menyimpan seribu kenangan.Aku? untuk disimpan dalam hati,terlalu sakit untuk diingati malah menjadi terlalu menyeksakan perasaanku...
Iqa tak sangka Iz tergamak buat Iqa macam ini,apa salah Iqa...Iz ? mengapa Iz..mengapa ”.Air mata Syafiqah Adrina mengalir laju.
“ Iz...Iz...”.Lidah Izham kelu untuk mengeluarkan kata-katanya.
Lidah Izham menjadi kelu untuk menyatakan sesuatu yang terjadi kepada Syafiqah Adrina.Dia tidak tahu apa yang harus dia mulakan dahulu,memberitahu hal sebenar bererti lebih parah keadaan tetapi andai dia mendiamkan diri dari menyatakan hal yang sebenar sudah pasti Syafiqah Adrina masih menganggap dirinya yang bersalah selamanya.Izham menjadi gelisah.
“Kenapa Iz diam?Iz,selama 6 tahun Iqa tunggu Iz...Iqa tak sangka Iz buat macam ini pada Iqa...”.Syafiqah Adrina mengesat air matanya yang mengalir dipipi.Mengalirnya air mata seperti tusukkan sembilu dihatinya.
“Iqa...semua ini berlaku dengan pantas.Iz,tak tahu perkara ini akan berlaku...dan...Iz bukannya sengaja mahu melakukan semua ini.."
Iqa...please...maafkan Iz,Iz...Iz mintak maaf sangat-sangat tak....”.Izham mengharapkan kemaafan daripada Syafiqah Adrina,namun belum sempat Izham menghabiskan kata-katanya Syafiqah Adrina memintas kata-kata Izham.
“Tak sangka yang perkara ini akan berlaku begitu?Iz...dah banyak kali Iqa beri peluang pada Iz tapi...Iz telah mengkhianati hubungan kita.Hati Iqa sakit Iz...sakit bila mengenangkan kecurangan Iz terhadap Iqa.Apa salah Iqa?”.
Tangan Syafiqah Adrina mencengkam baju Izham sambil menumbuk-numbuk dada Izham.Kali ini air matanya mengalir dengan derasnya bersama hatinya yang sakit dengan perbuatan Izham terhadapnya.
Izham mencengkam erat lengan Syafiqah Adrina untuk menenangkan hati Syafiqah Adrina ingin sekali dia memeluk Syafiqah Adrina tetapi jika dia berbuat sedemikian pasti kemarahan Syafiqah Adrina terhadapnya lebih parah lagi.Dia cuba megenggam erat tangan Syafiqah Adrina tetapi tangan Syafiqah Adrina pantas merentap daripada Izham memegang.Izham tergamam seketika dengan tindakan Syafiqah Adrina.
“Iqa...,semua ini adalah salah faham semata-mata.Iz dengan Mira tiada apa-apa hubungan pun..”.Izham menjelaskan kedudukan yang sebenar kepada Syafiqah Adrina.
“Apa! salah faham..? pembohong! pembelit! Iz jangan ingat Iqa akan percaya semua tu...Iz ingat Iqa tak tahu apa yang Iz buat di belakang Iqa!”.
“Iqa...?”.
“Iz...perkara ni dah lama Iqa tahu cuma...Iqa mahu beri peluang pada Iz untuk mengubahnya tapi Iz...”.Syafiqah Adrina tidak dapat menghabiskan kata-katanya kerana terlalu sakit untuk meluahkannya.
Iqa...Iz mintak maaf,Iz...bukannya nak...”.
“Cukup! Tak usahlah Iz nak terangkan semuanya,buat membazir tenaga je...Iz ingat Iqa tak tahu apa yang Iz dengan Mira buat.Mata ni...nampak apa yang Iz buat dengan Mira.Iz berpegangan tangan dengan Mira sambil berpelukan.Puas hatilah?”.
Izham terkedu,rupanya Syafiqah Adrina tahu hubungan antara dia dan Mira semasa di shopping complex tempoh hari.Izham meraup mukanya dengan tangan akan kesilapan yang telah dilakukannya.
“Iqa...Iz mohon maaf.Iz mengaku Iz salah tapi...please maafkanlah Iz....please?Selepas ni Iz tak buat lagi perkara seperti itu lagi”.Izham cuba memohon maaf kepada Syafiqah Adrina.
“Apa?Iz...maaf Iqa boleh terima tapi...untuk menerima semula tak mungkin...tak mungkin Iz”.
“Iqa...please...”.
“Tidak! Ini adalah kali terakhir kita berjumpa dan kita putuskan hubungan kita ini...muktamad!”
Hati Syafiqah Adrina hancur dengan tindakkan Izham terhadapnya,dia berharap tiada lagi kenangannya bersama Izham.Lantas Izham memegang tangan Syafiqah Adrina,tiba-tiba Izham rebah.
Haziq meluru ke arah Izham lalu menumbuk Izham,dia sakit hati apabila Izham sanggup menyakiti hati Syafiqah Adrina.
“Hei Izham! Kau berambus dari sini,kau hancurkan hati Iqa..kau sanggup mencurangi kesetiaannya! Kau tak layak untuk Iqa.Kau telah hancur hatinya”
Izham bangun sambil mengelap darah yang mengalir di bibir, dia tidak membalas dengan
tindakan Haziq terhadapnya.Dia mengaku semua ini adalah kesilapannya sendiri.Untuk kembalikan Syafiqah Adrina dalam hatinya tidak mungkin sekali.
“Iqa...,Iz...”.
Izham cuba memegang tangan Syafiqah Adrina,namun cepat-cepat Syafiqah Adrina menarik tangannya lalu berlari meninggalkan Izham dan Haziq mengejar Syafiqah Adrina takut Syafiqah Adrina melakukan tindakan diluar jangkaan dalam keadaan beremosi.
“Kau...kau,aku nak kau jangan ganggu hidup Iqa lagi mulai saat ini dan seterusnya kau faham! aku tak nak kau menghancurkan lagi hati Iqa,ini amaran dari aku!”.
Mata Haziq menyinga memandang ke arah Izham dengan memberi amaran kepada Izham agar tidak menganggui hidup Syafiqah Adrina lagi.Lantas dia terus berlalu mengejar Syafiqah Adrina.
"Iqa...sudahlah,usah mengenangkan lagi perkara tu...apa yang terjadi pasti ada hikmahnya".
Haziq mengesat air mata Syafiqah Adrina,dia tak mahu air mata itu jatuh ke tanah.Haziq memimpin tangan Syafiqah Adrina ke keretanya.Semasa keretanya menyelusuri untuk sampai ke destinasi sesekali matanya memandang Syafiqah Adrina.Terdetik dalam hatinya,bersimpati dengan keadaan yang di alami oleh Syafiqah Adrina.
Lamunan Syafiqah Adrina terhenti apabila dia terdengar ada seseorang memanggilnya,lalu dia beralih tempatnya dia terkejut melihat seseorang yang amat dia kenali lantas itu dia tersenyum.
"Iqa...".
"Haziq?eh..macam mana kau tahu aku ada kat sini?".
Syafiqah Adrina terkejut bila terpandang Haziq,serta merta dia tersenyum menampakkan sebaris gigi yang putih.Haziq memandang wajah Syafiqah Adrina,dia juga tersenyum.Alhamdulillah,ceria muka kau Iqa.
"Ziq...,apa mimpi kau cari aku ni?"
"Tak boleh ke?kalau macam tu aku baliklah,kau bukannya suka aku cari kau kan?".
Haziq berpura-pura merajuk,sengaja dia ingin melihat reaksi Syafiqah Adrina.
"Alah...kau ni kan, sikit-sikit mahu merajuk.Macho lah sikit, hodoh lah kau buat muka macam tu ". Haziq tersengeh bila Syafiqah Adrina berkata demikian padanya.Dia mendekati Syafiqah Adrina lalu menghulurkan tangannya dan disambut oleh tangan Syafiqah Adrina mereka beriringi menuju ke sebelah batu-batu yamg menjadi benteng lautan.
"Ziq...,jom lah kita balik ye?"
"Awalnya nak balik ? kejaplah Iqa?"
"Ziq...Iqa letih lah...".
Haziq tidak menjadi mendesak Syafiqah Adrina,dia simpati kepada Syafiqah Adrina lalu dia tersenyum memandang membalas senyuman Syafiqah Adrina.Mereka berlalu menuju ke kereta untuk pulang.
"Ziq...,jom lah kita balik ye?"
"Awalnya nak balik ? kejaplah Iqa?"
"Ziq...Iqa letih lah...".
Haziq tidak menjadi mendesak Syafiqah Adrina,dia simpati kepada Syafiqah Adrina lalu dia tersenyum memandang membalas senyuman Syafiqah Adrina.Mereka berlalu menuju ke kereta untuk pulang.

bersambung.....