Thursday, March 24, 2011

Sepinya Lautan Kasih ( Bab 1 )


                                            BAB 1

 

By Maya Myra ( Novel ) 

Dalam hidup ini,kadang-kadang ada tawa adakalanya sedih tapi mengapa aku harus tempuhi semua ini ? Syafiqah Adrina memikirkan nasibnya yang sering menjadi penipuan manusia di sekelilingnya.Ya Allah,berat sungguh dugaan yang Engkau berikan padaku ini.Sesungguhnya aku hamba yang lemah,aku redha segala dugaan yang Engkau berikan padaku.  

Tuk..tuk..   

" Ye,masuk " Syafiqah Adrina terkejut dari lamunannya,dia membetulkan kedudukannya itu. 

" Cik Iqa..,ini document yang Cik mintak tu". Lisa menghulur file ke tangan Syafiqah Adrina.

" Ok,thank's ya?".
Syafiqah Adrina tersenyum melihat  penampilan Lisa yang mengenakan blaus membuatkan terserlah kecantikannya.                       
Bertuah andai lelaki mendampingi Lisa,bukan sahaja cantik malah pertuturan pun amat berbudi.Moga Lisa dapat lelaki yang amat menyayangi Lisa.
" Oh ya Cik Iqa, Encik Robert suruh  call katanya ada hal penting "
" Ok..,emm..nanti tolong beritahu pada Cik Sally tentang perjumpaan Clien petang ini"
Pantas jari jemari Syafiqah Adrina mendail menelefon Encik Robert.
" Hello..,Robert ? ".
" Yes..who's that?".       
" i..,Iqa".       
"How are you..,Iqa! ".     
"Fine..". Hampir sahaja ganggang telefon terlepas dari tanggannya apabila mendengar jeritan dari Encik Robert.           
" Apa yang penting sangat ni Robert ?" Dia tersenyum sambil mengurut-urut dadanya.
" Emm...macam ni, i nak you buatkan satu lakaran mengenai ruang untuk hiasan dalaman"
"Ok..itu..mungkin boleh  dibincangkan, so..bagaimana dengan        pengubahsuaian?".                                                                              
" Oh..! itu you usah risau sebab...i yang akan handle semua tu.You cuma settled  bahagian ruangan itu je.I akan hantar pekerja dari bahagian i untuk tolong you..".  
Syafiqah Adrina berfikir sejenak dengan tawaran Robert terhadapnya.Boleh jugak..ringan sikit kerja aku,tak lah terkejar sana sini.        
"Iqa..setuju tak?".
"Oh!...ok.,kalau begitu esok you hantar pekerja you dan i akan agihkan kerja untuk mereka ?".
" Ok..thank's,Iqa?.Apa-apa hal contact i ok."           
" No problem..ok see you?"           
Syafiqah Adrina pantas menekan punat intercom.
" Lisa..tolong masuk sekejap".
Aduh..kenapalah aku tak tersedar tadi,macam mana ni ...itulah asyik berangan je.           
" Cik Iqa..,boleh saya masuk?'.   
" Oh! Masuk Lisa..".          
Ruangan atas meja bersepah dengan file-file yang dicari olehnya.Alah..,mana ni? sudahnya aku dah lambat ni...waktu ni lah kau nak hilang.
" Ye cik Iqa?".
" Emm.., Lisa awak ada nampak tak file Clien untuk petang ni? ". Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
 Lisa termanggu,hairan dengan telatah ketuanya itu.Bukankah file  itu dah diserahkan pada Cik Sally?.Dengan Lisa sekali tergaru-garu kepala mengikut rentak Syafiqah Adrina.
" Cik Iqa..,bukan ke cik dah serahkan file itu pada Cik Sally ?".
"Ah...apa ?". Kerut dahi Syafiqah Adrina dengan penjelasan Lisa itu.
Sally masuk sambil tergelak dengan telatah sahabatnya itu,apa tidaknya file itu dah pun berada ditangannya..." Iqa..Iqa ".
" Cik Iqa oi,ni bukan filenya?itulah Iqa,kau teringat siapa sampai dah lupa file ni dah pun kau bagi pada Lisa suruh serah pada aku?".
 "Astafirullah ha'azim,macam mana lah aku boleh lupa ni...? ".Dia menepuk-nepuk dahinya dengan perkara tadi itu.
" Itulah Iqa? kau tu terlalu sangat obses dengan kerja,sampaikan kau boleh terlupa...".
" Emm..tengok ? mesti kau dah lupa sekarang dah masuk lunch time kan ? ".
" Ya Allah..,tak tersedar aku sekarang dah masuk waktu makan tengah hari..".
Lisa tergelak dengan gelagat ketuanya dengan Sally.
" Cik Iqa...Cik Sally,saya keluar dulu ye? ".
" Baiklah...sorry Lisa ya? ".
" Jom..! makan? ".
" Iqa..,kenapa aku tengok sejak kebelakangan ni kau asyik termenung je? kau ada masalah ke?".
" Tak ada apa-apa  Sally cuma aku letih tu je..".
Sally yakin Syafiqah Adrina menyimpan suatu rahsia yang dia sendiri tidak tahu.Masakan rakannya itu asyik dilihat termenung dalam bilik.Memang susah untuk fahami perasaan Syafiqah Adrina kerana dia ketahui bahawa rakannya seorang yang pemendam perasaan.
" Iqa,kalau kau ada masalah cakap pada aku mana tahu aku dapat tolong kau..".
Syafiqah Adrina menoleh sambil tersenyum memandang Sally.Sally,kau tidak akan mengerti dengan apa yang aku lalui ini.Maafkan aku ,bukan maksud aku ingin merahsiakan semua ini pada kau.Maafkan aku..
" Ok..,kita dah pun sampai.Emm..parking kat sini je ok ? senang nanti,taklah jauh sangat nak berjalan..".
Semasa Sally ingin parking kereta mereka,tiba-tiba sahaja ada kereta lain yang mendahului mereka.Sally bengang dengan tindakan pemandu tersebut.
" Hei..! kau tak nampak ke aku nak parking sini? ". Geram Sally dengan tindakan
pemandu tersebut.
" Hello.! Cik adik oi,tak salah sayalah tempat ni bukannya ada nama awak kan?so..saya berhak parking  
sini ".         
" Itu aku tahu..! tapi kami dulu sampai,jadi sewenang-wenang je awak masuk ".
Sally makin bertambah geram dengan sikap orang tersebut.Dengan muka selamba mengejeknya.           
 " Sally dah lah,lagi kita berperang mulut dengan dia tak berguna.Hei..! kalau saudara nak ambil tempat ni..silakan ".          
Syafiqah Adrina geram dengan sikap pemandu tersebut,tidak beradap langsung." Harap muka je handsome.." Detik hati Syafiqah Adrina.          
Dengan selambanya lelaki tersebut beredar sambil ketawa sinis kepada mereka berdua.Mereka berdua menyumpah seranah terhadap lelaki tersebut.           
" Kurang ajar betul..!huh..! ".
" Memang dasar lelaki gila..! ". Tambah Syafiqah Adrina          
Tengah hari itu mereka sangat marah dengan sikap lelaki tersebut,berlagak depan mereka dan tidak tahu kesalahan yang dibuat.           
" Iqa..geram betul aku dengan jantan tu..! macam mau cili mulut dia! ".           
" Dah lah,asyik marah dia nanti tak sempat pulak makan tengah hari kita..jom lah ".          
" Emm...Iqa? Macam mana kalau esok kita pergi rumah Ash? Lagi pulak kita dah lama benar tak pergi rumah dia...."           
"...Ok,tapi..petang sikit lah sebab aku ada kerja sikit dengan Robert.."          
" Malam nanti kau free tak? "
" Malam ni....rasanya ye kot,kenapa? "           
" Nak kau teman kan aku pergi ambil baju jap "
" Ok..".           
" Thank's"          




bersambung.....           
           
           
           
          
.
       
          
             
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  
         
           
          
            
           
          
       
           
          
         
           


          

No comments:

Post a Comment